Minggu, 04 September 2011

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam 
kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya 
dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, 
sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.


Dia adalah seorang Doktor Neurologi .


Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara 
Islam dan dengan itu telah membuka sebuah 
klinik yang bertemakan 
"Perubatan Melalui Al-Qur'an" .


Kajian perubatan melalui Al-Qur'an 
membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang 
terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan 
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) 
dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik 
untuk memeluk Islam, 

maka doktor tersebut memberitahu bahawa 
semasa beliau melakukan kajian urat saraf, 
terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia 
yang tidak dimasuki oleh darah.

Padahal setiap inci otak manusia 
memerlukan darah yang cukup untuk 
berfungsi secara normal.